DOSA

DOSA sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud KEHANCURAN. Hakikat dosa ini akan menyebabkan kehancuran di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Teringat kisah seorang ulama yang akan memaku di tiang setiap kali dia melakukan dosa dan mencabutnya jika dia bertaubat, akhirnya dia melihat tiang tersebut hancur dengan kesan terkopak dan tersumpik, dia terus membayangkan bagaimana buku catatan amalnya. Mulai hari itu dia berazam untuk tidak lagi melakukan dosa kerana dosa adalah KEHANCURAN.