Tuesday 31 October 2017

Dayabumi


Cara menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada dua benda yang Nabi Muhammad SAW tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang kita nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah ( ia datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia ).

Tip yang nak Dunia Maklumat kongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar…

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Monday 30 October 2017

3 Tanda

3 tanda (mukmin,alim,takwa,jujur, dan ahli ibadah)

Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1. Jujur dalam berkata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri

Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1. Merahasiakan ibadahnya
2. Merahasiakan sedekahnya
3. Merahasiakan ujian yang menimpanya

Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.


"HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH"

Fikir-fikirkanlah...

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Ujian

Inilah yang dikatakan ujian.
Aku diuji pada titik terlemah.
Yang mana, aku sendiri tak mampu.

Aku kuat,
Tapi tu dulu,
Masa aku tak tahu apa tu ujian.
Tapi semakin aku dekat pada penghujungnya,
Baru aku sedar sebenarnya banyak lagi lubang yang perlu aku lompat,
Banyak halangan yang perlu aku lalui.

Jalan ni penuh onak duri,
Paku di atasnya,
Aku pandang sekeliling.
Tiada siapa yang ingin memilih jalan tu.
Aku sorang je kat sini?

Jalan ni aku yang pilih,
Takkan aku nak duduk terdiam?
Takkan aku nak kembali ke pangkal jalan,
Sedangkan penghujungnya hanya sekangkang kera cuma.

Tak,
Aku tak perlu tenung dan lihat,
Aku perlu teruskan perjalanan,
Cita-cita terpampang di depan mata,
Takkan aku lepaskan peluang ni.

Tapi,
Adakah aku mampu?

Mana mungkin mengerti tanpa bicara dihalusi,
Mana mungkin memahami tanpa diterangi,
Mana mungkin dilupa kerana ingat semata,
Mana mungkin tak terbayang sedang hati masih sayang,
Mana mungkin tangisan bisa hilang dengan senyuman,
Mana mungkin bangkit jika ramai masih mengungkit,
Mana mungkin terdorong jika ramai jalan menonong,
Mana mungkin berjalan tanpa sebarang ihsan,
Mana mungkin gapai awan tanpa seorang kawan,
Mana mungkin ke taman tanpa seorang teman,
Mana mungkin hebat tanpa seorang sahabat,
Mana mungkin berjaya tanpa sebarang usaha,
Mana mungkin peroleh kekuatan tanpa iman,
Mana mungkin hilang kesedihan tanpa kehadiran Tuhan.

Bibir dikunci,
Biar pena yang berlari,
Biar jari yang menari.