Wednesday 31 January 2018

Bantahan Logo Visit Malaysia 2020

Ini adalah logo yang dihasilkan oleh aku tanpa sebarang briefing dan research. Hanya menggunakan Bunga Raya kerana ia sinonim sebagai bunga kebangsaan dan melambangkan kita sebagai negara Malaysia. Hangpa boleh tekan sini untuk melihat hasil karya pereka grafik tempatan kita. Hangpa sendiri boleh nilai mana satu logo dan mana satu setem.Sebar dan tularkan.. biar muka mata dan hati orang atasan!

Sekian, terima kasih..

Logo diatas juga telah disenaraikan dalam Cadangan Logo Visit Malaysia 2020 oleh Grafik Malaya. Terima kasih Grafik Malaya kerana sudi menerima logo ini 

Wednesday 24 January 2018

Wallpaper Desktop Bergerak

Hi assalamualaikum, dah lama tak update blog weh. Rasa awkward.. okay aku dapat find out something quite interesting dimana hangpa boleh buat live wallpaper. Bukan sekadar live wallpaper saja, hangpa boleh main game dekat desktop, tulis tulis (boleh tengok gambar kat bawah) Haa serious memang seronok. Aku dapat tau benda ni sebenarnya dah lama tapi aku tak buat research dan study pasal benda ni dan aku tak tau apa yang seronoknya pasal benda ni. Setelah aku buat research dan aku dah jumpa keseronokkan benda alah ini, jadi best dan seronok pula. Takdalah moody ja tengok wallpaper desktop yang kaku. Mungkin benda ni korang pernah baca thread pasal benda ni di twitter? Err.. wallpaper zombie?

Contoh bagi Desktop Doodler Experiment yang digunakan untuk menulis di desktop

Tadaaa.. inilah yang aku sebut sebutkan tadi tu. Namanya Wallpaper Engine. Bagi sesiapa yang main game kat steam tu tahulah benda ni. Wallpaper engine adalah satu software yang boleh buat wallpaper desktop yang biasa menjadi live wallpaper. Benda ni bagi aku sangat berguna untuk hangpa yang bosan dengan wallpaper desktop biasa. So hangpa boleh pakai benda ni supaya takdalah hangpa bosan dok tengok wallpaper yang sedia ada tu. Takdalah bosan sangat. Bagi sesiapa yang berkenan nak wallpaper macam aku tu nanti aku akan share link download diakhir blog ni dan aku akan ajar cara untuk install wallpaper engine sekali.

Download :
Wallpaper Engine
Desktop Doodler Experiment
Adventure Time Finn & Jane
Cara install live wallpaper :
1. Extract kesemua file
2. Buka file Wallpaper Engine
3. Pergi ke projects > defaultprojects
4. Paste folder file. 
P/S : Untuk mengaktifkan Wallpaper Engine, pilih Launch atau pilih versi x32 / x64 mengikut versi komputer

Selamat mencuba!